AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Wednesday, February 17, 2010

Sendiri


Aku mengerti bahawa setiap yang berada disekililing aku tidak akan sentiasa bersama aku. Itulah takdir kehidupan setiap makhluk di muka bumi ini. Sesuatu itu datang dan pergi, wujud dan menghilang, kasih jadi benci serta lara dalam suka adalah satu bentuk penghidupan yang sukar untuk kita jangka.

Sejauh mana berubah sesuatu keadaan itu memberi kesan yang mendalam setiap insan yang mengalaminya. Aku anggarkan setiap waktu pasti kita memerlukan seseorang pada diri kita. Namun pernah juga kita hadapai waktu dimana kita sedar bahawa yang tinggal hanya kita sendiri. Keadaan yang aku sering alami terutamanya kini.

Benar kata mereka yang aku mempuyai ramai kenalan, teman dan kawan malah keluarga juga ada dekat dengan aku, ia tidaklah seperti hadirnya seseorang yang mampu membuat waktu itu berjalan dengan perlahan dan pantas pada waktu yang sama. Tidak perlu atas nama kekasih, seorang sahabat jua memadai untuk ubat kita tidak rasa kesunyian. Seseorang yang sentiasa ada bila kita gembira, teruja bahkan sentiasa ada pada waktu kita sedih dan marah. Ia memang cukup memadai dari seribu kenalan yang hadir dalam hidup kita.

Sudah dinamakan ini sebuah kehidupan, aku berpijak dibumi ini penuh nyata. Kenalan, teman dan kawan juga berserta sahabat mempunyai jalan hidup mereka. Bukan hanya untuk kita. Jangan kita pernah kesali keadaan itu kerna itu adalah lumrahnya. Kerna atas dasar perhubungan, persahabatan, kasih sayang mahupun cinta, adalakala aku pasrah melepaskan ia pergi. Biar berat mata memandang mahupun perih harus aku pikul, namun aku ikhlas demi mereka.


Kenapa sayang itu sementara? Mengapa ini terus terjadi? Tersenyum aku bila ia terlintas dibenak fikiran ini. Mugkin ia salah diriku yang terlalu mengharap pada sesuatu yang aku sendiri tak pernah pasti. Aku cuma ingin hargai ketika aku disayangi. Sementara sayang itu masih ada. Bukan mudah untuk ia hadir walau mudah untuk ia pergi. Selagi ia hadir selagi itu aku akan hargai kehadirannya. Kelak ia pergi tanpa aku sedari, berat untuk aku terima. Itulah takdir ku, sendirian aku terima dengan hati terbuka. Itu yang terbaik dan aku ikhlas melepaskan ia.



Hati ini masih ada rasa sayang apatah lagi kasih. Ku pendamkan jua tanpa keluh resah. Maafkan aku jika ia adalah salahku. Takkan pernah aku lupakan kenangan waktu itu. Biar ia mekar sendiri di hati, takkan ku lupa walau sesaat. Aku masih disini menanti kehadiran saat itu kembali. Dengan sendiri….

Sunday, February 14, 2010

Biarkan ia hayut dalam rencananya

Memang benar kehidupan ini sukar difahami. Malah aku juga pernah sukar memahami diri aku sendiri. Dimana hendak memahami kehendak aku, keinginan, hakikat dan takdir yang berlaku dalam hidup aku, dan tak lari dari memahami perasaan dan diri sendiri. Apatah lagi memahami insan lain yang terlalu banyak kerenahnya.

Saban hari aku makin lihat keadaan yang sungguh menjengkelkan. Kuman yang sebesar zarah nampak sahaja dimata insan lain tapi gajah yang besar didepan matanya bagaikan lutsinar yang mampu menembusi halangan pandangannya. Apakah ini dikatakan adil untuk orang lain dimana keadilan itu cuba kau rungkaikan?

Aku tidak suka menyebelahi sesiapa, bukan dia, atau pun kau, mahupun insan itu. Namun mata aku tak mampu menipu bila melihat keletah mereka yang cuba membunuh insan atas dan mengaburi mata manusia lain atas kelemahan, kesalahan serta keburukan diri mereka. Dimana letakkan rasa perikemanusiaan manusia seperti ini? Aku cuba selami tapi aku belum mampu untuk lakukan.

Wujudnya insan yang berhati sebegini memberi kesan yang mendalam dalam diri aku serta keadaan sekeliling. Pergerakan, bicara mahupun pemikiran kita bagai telah dicabul oleh tangan yang berlumpur dan mencalit disetiap minda sekeliling. Sukar sungguh untuk aku fahami akan isi hati insan ini, hanya satu yang terlintas dihati aku adalah perhatian yang dicarinya.

Jika dilihat kembali helaian sebelum ini, ia bukanlah diletakkan atas kesalahan aku mahupun insan lain. Sungguhpun dimata kasar manusia nampak ia datang dari dirinya sendiri. Ia jelas bahawa ia berpunca dari dirinya justeru ia telah disalurkan kepada rencana yang lain untuk mengaburi kesalahannya. Begitu licik perilakunya sehingga ramai yang terperdaya. Sehingga kita aku masih tidak tahu apa isi dalam rencananya.

Kini aku berserah pada tangan Tuhan. Aku hanya mampu berdoa kebaikan bersama dan jauhi perkara yang buruk pada diri aku, keluarga aku, orang sekeliling aku. Seperti yang dididik sejak kecil, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Hidup bagaikan roda yang sentiasa berpusing. Mungkin waktu ini kau di atas, percayalah bila kau dibawah kelak jangan kau menangis jika ia lebih hebat dugaannya dari yang telah kau lakukan pada insan-insan lain. Aku percaya orang sekelilingnya yang menyangjungi akan dirinya tidak akan lari dari keadaan yang berlaku sekarang ini. Ini bukan waktu mereka lagi. Kesabaran sahaja yang mampu aku kotakan. Terima kasih atas apa yang telah kau lakukan. Ia cukup mengajar aku.