AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Friday, February 20, 2009

Lihatlah gajah depan mata

Dalam keadaan sekarang ini, aku mula terdetik dengan sesuatu yang aku tahu ramai yang lakukan termasuk aku. ’Gajah depan mata tak nampak tapi kuman seberang sana terang di mata’. Pepatah ini mungkin pernah orang dengar dan ia agak lain dari yang sebenar tapi ia membawa erti yang sama. Terpulang pada manusia lain untuk menerima pepatah ini dengan apa jua cara sekalipun.

Perkara ini sering sangat berlaku. Sejujurnya aku tak berapa suka dengan keadaan ini. Samada datang dari aku apatah lagi kalau dari orang lain. Aku tahu aku ada banyak kelemahan tapi kenapa tiap saat aku sahaja yang sering jadi mangsa orang lain. Sedangkan cuba lihat sekeliling diri sendiri. Kalau tak nampak juga, cuba teliti setiap sudut diri sendiri dan sekeliling diri sendiri. Aku pasti akan terlihat kedudukan diri.

Tidak perlu menghebah kelemahan orang. Kenapa aku boleh terima kekurangan dan kelemahan orang lain sedangkan orang sentiasa mencari kelemahan dan kekurangan aku? Malah aku diserang dengan perkara-perkara itu. Adakah itu perlu?

Aku masih ada kesabaran, rasa hormat sebagai manusia, aku terima kalian seadanya walau jauh di sudut hati aku agak kecewa dengan sikap kalian. Aku tahu bukan mudah untuk dapat kawan yang ikhlas. Aku redha dengan keadaan itu. Aku teruskan lagi perjalanan hidup aku dengan kalian.

Aku tahu aku tak lari dengan kesilapan dan kesalahan. Begitu juga kalian, tapi mengapa setiap kesilapan dan kesalahan aku yang nampak di mata kalian, kesalahan kalian dilindungi dengan prinsip dan penderian. Adilkah itu?




Aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ini sebab aku tahu aku tak ”sesempurna” seperti kalian. Salah aku nampak di mata kalian, salah kalian sekadar angin lalu sahaja pada kalian. Maafkan aku jika aku mula kembali dengan kehidupan ’ada aku kisah’. Aku letih! Serius aku letih!

Wednesday, February 11, 2009

Maafkan aku kawan...

Kawan,

Aku tahu aku telah berkasar pada kau. Aku tak berniat untuk menyakiti hati sesiapa. Sejujurnya aku memang tak berniat untuk berbuat begitu. Atas dasar apa yang harus aku sakiti kau.

Kata-kata aku adakalanya sukar di terima oleh orang lain. Adakalanya salah ditafsir oleh orang lain. Mungkin aku bergurau dengan kasar pada waktu itu. Aku sangat menyesalinya. Aku tahu kau adalah seorang insan yang baik. Aku sungguh rasa malu dan bersalah pada kau.

Aku mohon kemaafan dari kau. Kemaafan yang ikhlas dari hati kau. Aku tak mungkin akan lakukan perkara yang sama lagi walau pada sesiapa. Maafkan aku wahai kawan.

Ikhlas,
Frid

Aku ting tong kerana sendirian?


Aku rasa aku sedar apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin benar apa yang teman-teman aku katakan punca keadaan aku jadi sebegini. Pada mulanya aku memang tak terfikir sampai begini tapi itu hakikat sebenar.

Aku hidup sendiri secara rasmi memang agak lama. Aku mampu harungi kehidupan aku sendirian dan adakalanya bertemankan teman-teman aku walau manis mahupun pahit, kebaikan mahupun keburukan, aku gagahi diri aku dengan pengalaman-pengalaman sepanjang hidup aku sebelum ini.

Sejujurnya keadaan agak berubah sejak dari tahun lepas. Aku tidak menyedarinya sehinggakan teman-teman aku menyuarakannya. Aku berada dalam keadaan yang tak seimbang. Menurut mereka aku ‘ting tong’ sebab aku sendirian. Kenyataan itu memang besar bagi aku. Aku mengambil masa untuk ‘menghadam’ kenyataan tersebut.

Bila aku fikir kembali, memang betul apa yang mereka katakan. Sejak aku sendiri aku menjadi seorang yang sangat kasar dan tak mengambil kisah. Bukan itu sahaja, aku menjadi seorang yang mudah berubah dan sendu. Isu sendu memang menjadi topik utama dalam perkara ini. Aku mengaku keadaan itu berlaku disebabkan aku tiada tempat untuk berkongsi hati dan perasaan.

Sejak aku sendiri juga aku banyak habiskan masa dengan diri aku sendiri. Pergi kerja, lepas kerja pergi gym dan balik rumah rehat. Itulah aktiviti harian aku sejak aku sendiri. Kalau hujung minggu samada aku lepak dengan teman-teman aku akan habiskan masa aku di gym. Aku terpaksa untuk buat begitu supaya aku tak rasa kosong dalam hidup aku.

Aku tersenyum sendiri bila fikir tentang perkara ini. Adakah ia terlalu nyata yang aku ‘ting tong’?

Aku kesuntukan masa untuk perkara ini.

Monday, February 09, 2009

Hidung Berdarah

Bila aku tonton kembali klip video lagu dari ‘band’ kegemaran aku, aku teringat tentang aku. Ia bukan sahaja tentang lagu tersebut atau jalan cerita video tersebut tetapi tentang hidup berdarah.

Aku mengalami masalah hidung berdarah sejak kecil sehingga sekarang. Adakalanya ia berlaku secara tidak sedar. Ramai yang mengatakan mungkin sebab panas. Sukar untuk aku terima sebenarnya. Kenapa ia tidak berlaku ke atas orang lain? Kenapa mesti berlaku begitu kerap? Aku masih belum mendapat jawapannya.


Aku sudah membuat pemeriksaan di klinik panel. Aku di beritahu ia mungkin radang hidung. Klinik tersebut memberikan aku ubat untuk menahan darah dari keluar lagi. Ia bertahan agak lama. Beberapa ketika ia jadi balik tanpa sebab.

Sewaktu Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku memang rasa aku tidak sedap badan. Aku tak menjangka yang hidung aku kembali berdarah pada waktu itu. Aku agak terkejut. Pernah satu ketika, ada seorang kawan memegang hidup aku dan darah terus mengalir. Terkejut kawan aku bila hidung aku mula mengalir darah yang banyak.

Bila hidung aku mula berair, aku agak cemas jika yang mengalir adalah darah. Bukan apa, aku pernah keluar makan malam bersama teman-teman aku di sebuah restoran yang menarik di Kuala Lumpur. Sedang aku asyik menjamu selera aku merasa hidung aku berair. Aku jangkakan hingus tetapi rupanya darah yang mengalir dengan banyak. Teman-teman aku mula cemas dengan keadaan itu. Aku yang sudah terbias dengan ‘selamba’ uruskan hidung berdarah ini dengan tenang. Cuma aku rasa malu dan bersalah pada teman-teman ku yang lain.

Pernah juga berlaku sewaktu aku bersolat, tidur, belajar, dan kerap berlaku sewaktu aku sedang sibuk membuat sesuatu. Disebabkan oleh ia kerap berlaku, aku mula rasa terbiasa dengan ini. Buat setakat ini ia makin kurang berlaku. Alhamdulillah.

Friday, February 06, 2009

Maafkan aku teman...

Khas buat temanku,

Maafkan aku jika tingkah aku membuat kau sangka berpunca dari kau. Kau tak bersalah pada aku. Keadaan dan factor lain yang membuat aku dalam keadaan begitu. Maafkan aku lagi kerna aku tahu yang aku buat kau rasa bersalah pada aku.

Teman,

Aku malah senang bila bicara sama kau. Bila berada bersama kau apatah lagi bila aku berkawan bersama kau. Dalam hidup aku tiada erti menyusahkan demi teman-teman aku. Sukar sekali untuk terlintas di benak hati, fikiran mahupun bibir aku perkataan menyusahkan. Tolong jangan rasa bersalah dengan keadaan aku.

Kawan,

Aku merayu pada kau, jangan rasa bersalah terhadap apa yang terjadi pada aku kerna itu semua bukan berpunca dari kau. Malah aku bersyukur kerana aku dapat luangkan masa bersama teman yang sungguh baik dengan aku. Apa guna aku dalam persahabatan kita jika aku berkira dengan perkara sekecil itu. Maafkan aku sekali lagi.

Tuesday, February 03, 2009

Kenangan Terindah!


Aku rasa ada satu perkara yang kalau aku cerita susah untuk orang terima. Mungkin pada manusia lain ia agak bodoh tapi itu adalah trauma untuk aku. Aku sebenarnya betul-betul susah nak terima lagu Kenangan Terindah nyanyian kumpulan Samsons.

Sebabnya adalah kerana pada beberapa tahun lalu, ada seorang hamba Allah ini menyanyikan lagu ini sambil menangis pada aku semata-mata untuk memujuk aku menerima cintanya. “SO SWEET!!!”. Itu pada mula aku mendengar lagu itu dari bibirnya.

Hujan panas turun di tengahari. Itu yang terjadi seterusnya. Segalanya adalah dusta semata. Walau apa yang terjadi aku yang membuat keputusan, namun aku memang sukar untuk terima. Aku buang segala kenangan aku dan dia. Termasuk lagu Kenangan Terindah. Tiada lagi keindahan pada kenangan tersebut.

Namun begitu, sejauh aku cuba untuk lari dari lagu Kenangan Terindah, makin dekat aku mendengarnya. Setiap kali aku mendengar radio, setiap kali itulah ia berkumandang. Malah bila aku membuat panggilan ke kakak aku, pasti aku akan mendengar lagu Kenangan Terindah. Aku akan menjauhkan telefon dari telinga aku sehingga dia menjawab panggilan tersebut. Aku juga pernah menutup telinga kerana tidak dapat mengelak dari mendengar lagu tersebut.

Tapi aku cuba untuk kuatkan diri untuk mendengar lagu tersebut. Aku mampu untuk mendengar lagu itu walau terbayang keadaan sebelum ini. Jika aku terasa senang mendengarnya, aku akan setia mendengar dan sebaliknya.

Itulah satu kenangan untuk aku dan ia adalah lagu Kenangan Terindah.

Bukan pelamin anganku...



Setelah 9 tahun menyayangi dia, akhirnya dia menjadi milik orang lain jua. Pada mulanya aku rasa teruja untuk menghadirkan diri ke majlis resepsi dia tapi setelah sampai aku mula rasa tak senang. Hati aku mula pasrah. Sukar untuk aku gambarkan hati aku pabila meilhat dia bersanding di atas pelamin cintanya.

Aku cuba menenangkan hati dan hiburkan hati dengan gelak tawa bersama 2 teman aku. Aku tidak menjangka yang kesan perkahwinannya sehingga membuat aku menjadi keadaan begini.

Agak kekok bila bertemu dengan dia sewaktu aku mengucapkan tahniah. Teman aku ada mengatakan yang wajah dia berubah bila aku bertemu dengan dia dan mengucapkan tahniah.

Sejak dari pertunangan dia setahun yang lalu aku dan dia tidak bertemu. Cuma melalui ‘YM’ dan ‘SMS’ sahaja kami berkomunikasi. Dia pernah berkata pada aku sewaktu dia memberitahu aku tentang pertunangannya. Dia masih menyayangi aku seperti mana sebelum ini dan takkan melupakan aku. Sehingga kini masih terngiang ayat-ayat itu di telinga aku.

Namun begitu, aku rasa sungguh bahagia melihat kebahagian dia kini. Dia juga pernah bertanya tentang hal menjaga dirinya pada aku. Aku yakin insan itu boleh menjaga dia dengan baik. Aku yakin pada dia. Dia mampu untuk jaga kau.

Kini aku mengerti bagaimana sukarnya melihat insane yang kita sayang bersanding di atas pelamin cintanya. Bukan mudah untuk aku terima tapi itulah hakikatnya.

~ bukan pelamin anganku musnah~


Terima kasih pada 2 teman aku yang menemani aku. Kepada kau, SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kebahagian kalian akan kekal sehingga akhir hayat. Semoga tuhan memberkati kalian berdua da seluruh keluarga kalian. Jangan pernah lupakan aku. Walau hanya sekadar kawan.