AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Thursday, January 22, 2009

Mengapa ini yang perlu aku lalui?


Aku sedar tentang kewujudan aku bila tak diperlukan. Aku juga sedar yang adakalanya aku memang menjengkelkan. Namun aku memang sedar yang aku terlalu ‘hyper’ dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dalam hidup aku, terlalu banyak perkara yang aku telah lalui. Walau aku baru hidup 24 tahun dalam dunia ini. Aku tahu bagaimana perasaan orang yang disishkan. Aku juga tahu bagaimana bila orang menjadi pilihan terakhir atau dalam erti kata lain menjadi orang yang dipilih secara paksa atas apa jua sebab.

Aku juga pernah ditikam dari belakang kerana sebuah perhubungan. Aku juga pernah ditikam dari belakang dalam pelajaran. Bukan itu sahaja, aku difitnah semata-mata untuk menutup salah mereka. Apa lagi…kau namakan…

Kering air mata aku bila semua ini berlaku. Kering hati aku bila ia kembali berlaku. Kosong minda aku bila semua ini menghantui fikiranku. Hilang perasaan aku terhadap semua yang berlaku.

Apa perasaan kau bila kau menjadi bahan umpatan dan ejekan orang? Apa perasaan kau bila kau terlalu baik tetapi kau di pandang hina? Bagaimana perasaan kau bila kau meminta pertolongan tapi dimarah oleh insan itu? Bagitahulah aku tentang perasaan kau bila aku tahu tentang perkara itu tapi kau ibarat tidak wujud pada waktu itu?

Mungkin benar kata kiriman dari teman aku.

‘You often suffer all the way in life. No one out there will understand you’

Adakah salah aku baik dengan seseorang? Apakah masalah jika aku berbuat baik dengan sesiapa? Sukarkah kau terima benda benar dari mulut aku? Mengapa aku boleh menerima segala kata kau tidak kira cacian ataupun pujian tapi kau?

Mengapa masih perlu sembunyi sesuatu yang aku nampak? Apa yang ada difikiran kau bila kau lakukan sedemikian rupa? Kenapa perlu ada kenyataan berbeza dalam bicara kau? Aku yang kau rasa bila kau berada dalam kedudukan aku bila kau tahu segalanya? Dan kau tahu mengapa aku tidak memberitahu kebenaran bila aku dapat tahu tentangnya?

Bila aku diam, kau tertanya, bila aku tidak kisah, kau mencari jawapannya, apa lagi yang harus aku lakukan? Aku ikhlas dengan semua yang aku lakukan. Salahkah aku mengambilberat? Atau kau mahu aku diam seribu bahasa? Apa lagi yang kau mahu aku lakukan?

Sick + Sad


Pada 21 haribulan Januari 2009, tarikh di mana air mata aku untuk pertama kalinya keluar pada tahun 2009. Dengan tiba-tiba aku stress dan begitu sedih mengenang tentang diri aku.

Pada pagi itu, aku mula rasa tak sedap badan dan sakit tekak yang teramat sangat. Aku gagahkan diri ke pejabat. Selepas bersarapan bersama teman-teman pejabat aku, aku terus ke Klinik Zarif di lobi menara. Aku terkejut bila doktor mengatakan bahawa aku ‘Dehydrated’. Termangu aku seketika. Kemudian doktor periksa di dalam mulut aku dan rupanya ‘Tonsil’ aku bengkak yang agak teruk.

Aku mendapat cuti sakit untuk satu hari dan beberapa untuk termasuk ORS (Oral Rehydrated Salts) untuk mengembalikan tenaga aku. Aku dengan pantas mengemas komputer riba dan barang-barang yang lain terus pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, aku diberitahu tentang satu kerja yang perlu aku bereskan. Ku gagahi jua tanpa makan ubat supaya aku tidak mengantuk. Namun akhirnya aku berjumpa jalan buntu. Lalu aku mengambil ubat dan terus rehat.

Sebelum itu ada beberapa perkara yang berlaku menyentap hati aku. Selama aku hidup aku tak pernah berkira untuk membantu sesiapa sahaja yang sakit. Malah dengan sifat pengambil berat aku menjadi simpati untuk bertanya keadaan orang itu. Namun perkara yang sebaliknya terjadi bila aku sakit. Bukan aku nak kata yang semua orang tak ambil kisah jika aku sakit tapi orang yang sentiasa ada dengan aku jarang sekali untuk berkorban apabila aku sakit.


Selalunya aku yang kena sediakan makan untuk aku sendiri, cari ubat sendiri, semuanya aku buat sendiri. Mungkin sebab aku selalu sakit. Bagi aku itu bukan alasan untuk orang tidak ambil kisah bila aku sakit. Adakah mungkin aku kuat melawan sakit aku dan teruskan hidup seperti biasa?

Mereka seperti tidak pernah anggap yang aku sakit sebenarnya sakit. Bila bicara dengan aku semua tentang urusan lain, tidak pernah tahu yang aku sakit. Malah pernah juga aku diperli kerana aku sakit. Bukan itu yang aku anggarkan.

Semua itu yang berlaku dan mengganggu fikiran aku semalam. Sebak aku dibuatnya. Stress aku datang dengan tiba-tiba. Dalam keadaan tidak sihat ditambah pula dengan tekanan, aku cuma harapakan yang aku pulih dengan cepat supaya aku tidak merasa keadaan ini lagi.

VIP AJL 23

Ahad lepas aku telah mendapat jemputan VIP ke Anugerah Juara Lagu ke 23. Jemputan saat-saat akhir membuatkan aku agak tak keruan. Bukan apa, pakaian haruslah mengikut tema yang telah ditetapkan pada kad jemputan iaitu ‘Glamor’. Jadi aku pakai seringkas yang mungkin supaya berada dalam keadaan selamat.

Jangkaan aku untuk AJL 23 tahun ini tidaklah sehebat AJL tahun-tahun sebelum ini. Ternyata jangkaan aku itu meleset sama sekali. AJL 23 merupakan antara AJL yang terbaik dan boleh dikatakan yang terbaik sepanjang 23 tahun AJL dilangsungkan. Bukan aku sahaja yang menyatakan perkara tersebut, malah ramai kenalan aku juga berkata sedemikian rupa.

~ MUH ~


Keputusan pun kita sudah tahu, cuma aku nak bercerita sedikit tentang persembahan dan beberapa perkara lain. Aku sungguh berpuas hati dengan keputusan AJL 23. Faizal Tahir memang layak menang apa yang telah beliau menangi. Cuma yang menjadi isu antara kenalan aku adalah persembahan vokal terbaik dan persembahan terbaik.

Ini dari pandangan mata dan pengetahuan aku, untuk persembahan vokal terbaik memang aku menjangkakan Faizal Tahir akan dapat untuk lagu Sampai Syurga. Kawalan vokal yang baik serta sebutan yang jelas ditambah dengan semangatnya membuatkan persembahan vokal beliau begitu bertenaga pada malam tersebut, Aku percaya mereka yang berada di dewan dapat mendengar dengan penuh jiwa apabila Faizal Tahir mengeluarkan vokalnya dengan baik. Ziana Zain kelihatan begitu tidak selesa pada malam itu. Persembahan vokalnya yang agak tak konsisten membuatkan beliau begitu tertekan pada bahagian-bahagian penting dalam lagu Dingin.



~ Faizal Tahir~


Untuk persembahan terbaik bagi aku cuma 2 persembahan yang memberi saingan hebat. Stacy untuk lagu Aku Stacy serta Faizal Tahir bagi lagu Sampai Syurga. Tapi kemenangan berpihak pada Faizal Tahir dengan persembahan yang begitu segar dan menarik perhatian penonton sehingga beliau mendapat ‘Standing Ovation’ dari penonton dalam stadium.

Bagi katergori pula aku sangat berpuas hati dengan kemenangan yang dinobatkan oleh para juri pada acara tersebut. Ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Farahwahida. Kekuatan lagu tersebut dan vokal Farahwahida membuatkan lagu tersebut dinobatkan sebagai juara kategori Etnik Kreatif. Lagu Zahid dan Heliza memang selalu aku dengar di corong radio, di AJL kita dapat lihat tidak semua lagu yang sering berkumandang di corong radio menjadi lagu terbaik pilihan juri profesional. Itulah kuasa AJL anjuran TV3. Aku suka dengan lagu nyanyian Aiman, Dusta Berkalang. Tapi sebutan Aiman pada malam itu tidak begitu jelas dan sukar untuk mengikuti lirik yang disampaikan oleh Aiman.



~ Farahwahida~


Persembahan selingan yang sungguh menarik pada aku. Ringkas tapi sungguh menawan. Gabungan 3 penyanyi muda dan juga 3 penyanyi hebat negara iaitu Jac Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir membuatkan penonton terpesona.

Pada AJL 23 aku juga bertemu teman-teman lama aku yang agak berkurun aku tak jumpa. Antaranya adalah Basri Jean (Bayie), Bob, dan beberapa rakan lain. Tidak lupa Intan, pelakon yang makin meningkat naik dengan drama TV, iklan dan banyak lagi. Rindu pula waktu-waktu dulu di MMU bila jumpa kembali rakan-rakan MMU yang ramai sudah berkecimpung dalam dunia seni.

AJL 23 memberi satu fenomena baru dalam dunia hiburan. Aku sungguh gembira menjadi salah satu dari penonton pada malam itu. Dengan gelagat pelawak Mr. Os dan Din Beramboi membuatkan ramai yang duduk pada waktu iklan.

Terima kasih tak terhingga untuk Nadia dan Natassha untuk malam itu. Tak lupa Yan yang sibuk dengan acara tersebut.

* Semua gambar dari gua.com.my

Thursday, January 08, 2009

11 Perkara yang...

11 perkara yang insan lain menilai dan sering menyatakannya pada aku:

1) Aku terlalu baik – Perkara yang aku sendiri tidak tahu macam mana nak respon.
2) Tua sebelum umur – Ada yang nyatakan dari segi fizikal/rupa, ada yang berdasarkan dari segi pemikiran dan ada juga kerana tingkah laku aku sendiri. Aku sendiri mengakui perkara tersebut.
3) Meletakkan hati dan perasaan sendiri selepas hati dan perasaan orang lain – Aku sebenarnya tak mampu melihat orang lain sakit hati, terasa hati, marah, kecewa dan banyak lagi. Aku akan rasa bersalah yang teramat sangat. Biar aku pendam apa yang ada dari aku buat orang lain terasa hati. Lagipun aku terlalu mengerti apa perasaan, bagaimana rasanya dan keadaan bila kita dikecewakan, disakiti secara langsung atau tidak dan apa rasa bila kita dikhianati.
4) Seorang yang serius – Aku kurang ciri-ciri humor dalam diri aku. Bukan bermaksud setiap perkara itu perlu serius bagi aku. Sebahagian dari diri aku terlalu santai. Mungkin mereka belum selami keadaan itu.
5) Hati kering – Adakalanya iya, aku memang hati kering. Terutamanya sekarang ini. Aku sudah mula malas untuk mengambil kisah apa jua keadaan yang terjadi, mahupun apa orang kata, apa yang datang, apa yang pergi, aku mula malas nak fikir. Just go with the flow. Jangan biarkan benda lain menjatuhkan semangat dan usaha aku.
6) ‘Over’ – Tergelak bila aku dengar perkataan ini. Fikir positif, kalau tak ‘over’ macam mana orang nak menonjol. Ada lagi ramai manusia lain yang ‘over’ dari aku. Tidak kira dari apa segi.
7) Membosankan – Adakalanya iya, aku memang membosankan. Bukan sebab apa, keadaan orang yang dengan aku itu cukup membuat aku menjadi bosan dan terus membosankan mereka. Jangan salahkan aku.
8) Perahsia – Ini perlu sebagai aku. Sebab aku sekarang sangat sukar untuk percayakan orang lain. Hanya beberapa perkara yang aku rasa aku tidak patut kongsi aku akan simpan sampai keadaan tertentu atau terus sampai aku mati. Kalau orang minta rahsia kecantikan, rahsia masakan dan rahsia-rahsia lain tentang kehidupan haruslah aku tidak memberitahu dan berkongsi. Sebab mereka meminta untuk berkongsi rahsia. Rahsia adalah rahsia. Simpan sendiri sahaja.
9) Sundal – Hahahahaha…teruskan dengan kata-kata itu. Baru aku rasa aku tidak baik.
10) Sinis – Yang ini aku memang mengaku. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang asyik mengata aku tanpa sedar diri mereka sendiri. Kalau aku boleh terima kata dusta, maki dan caci, mengapa mereka tidak? Tepuk dada tanyalah diri.
11) Aku comel – Bahagian mana aku sendiri tak tahu. Ayat ambil hati sangat. Apa-apa pun terima kasih sebab mendoakan aku.

Wednesday, January 07, 2009

Belajar membaca

Aku sedang berusaha keras untuk membaca sebuah buku hadiah dari Shah Andrew semperna hari lahir aku yang ke 24 bulan lepas.

Menurut Shah Andrew, buku tersebut yang berjudul ‘The Chocolate Run’ adalah novel yang lucu. Jadi, aku pun rasa teruja untuk membacanya. Aku telah mula membacanya hampir 2 minggu. Tidak dinafikan tentang buku tersebut, aku yang baru mula membacanya tesenyum dan tergelak sendirian di permulaan cerita.


Aku menjangka untuk selesai mambaca buku ini dalam jangka masa 3 bulan. Memang agak lama. Aku perlu untuk menitikberatkan beberapa perkara dan aktivit aku. Walaupun kata orang aku belum ada komitmen dan ada masa untuk perkara lain, sukar untuk aku menyetujuinya. Atas desakan diri sendiri, aku mengharungi hari aku dengan banyak perkara dan aktiviti. Oleh itu, aku memerlukan masa untuk menghabiskan bacaan aku itu.

Ini juga antara azam baru aku untuk tahun 2009. Membaca sebanyak mana yang aku mampu. Aku bukan pembaca yang setia atau pembaca yang baik. Bak kata kakak aku, "Kalau baca baru 5 baris then tidur, sampai tahun depan buku takkan habis baca buku tu".

Tuesday, January 06, 2009

Selamat Datang 2009


Selamat datang tahun 2009, tahun yang aku rasa semangat untuk diri aku telah kembali. Aku tidak mengharapkan apa yang besar pada tahun 2009 Cuma kehidupan lebih tenang dan mencapai sesuatu yang aku boleh banggakan. Namun, aku dapat rasakan 2009 adalah tahun yang memberi sesuatu yang berharga dalam hidup aku.

Tahun 2009 adalah tahun untuk aku fokus pada diri aku sahaja. Matlamat utama untuk tahun ini mendapat sesuatu yang besar untuk hidup aku dengan usaha aku sendiri.

Azam yang pertama
- Untuk mendapatkan bentuk badan yang aku rasa selesa. Walaupun aku agak keliru dengan bentuk badan aku sekarang ini tapi aku tetap mengejar bentuk badan ideal dalam tahun 2009. Jadi, aku perlu gigih dan kuat semangat ke gymnasium bagi mencapai azam tersebut.

Azam yang kedua
- Tidak mencari cinta. Sebenarnya azam ini menjadi isu antara aku dan kembar aku, Izuan. Azam sebenar aku adalah tidak mahu bercinta dalam kata lain hendak ‘Single’ untuk tahun ini. Jika tercapai, ia mungkin adalah perkara terbesar dalam hidup aku. Tapi apa yang dikatakan oleh Izuan ada betulnya. Ia datang tanpa kita duga. Cuma sukar untuk aku mencari cinta. Kalau ia datang dan keadaan itu mengizinkan, aku redha.
- Kalau aku ‘single’ maksudkan aku ada banyak masa untuk diri aku.

Azam yang ketiga
- Kurangkan aktiviti yang “mengexposekan” diri. Geli hati aku bila aku cuba untuk yakinkan diri tentang perkara ini. No comment…

Azam yang keempat
- Ini adalah azam yang terbesar untuk tahun ini. Menyempurnakan setiap azam tahun 2009. Azam yang bukan mudah untuk aku capai, tapi aku yakin dan mesti buat yang terbaik untuk capai azam ini. Sebab tahun 2008, aku tak mencapai azam yang aku tetapkan. Segalanya berubah. Bukan itu sahaja ada juga perkara yang aku tak rancang menjadi kenyataan seperti memiliki aset yang besar.

Ada juga beberapa perkara kecil yang aku ingin capai untuk tahun 2009. Aku memberi tumpuan lebih kepada yang besar kerana yang kecil itu aku yakin untuk dapat bila-bila waktu.


Aku bermohon kepada Allah supaya apa yang aku impikan menjadi kenyataan. Aku akan berusaha keras untuk capai impian aku. Juga aku mendoakan kepada teman-teman aku mencapai kebahagian dan kejayaan dalam hidup mereka. Amin!

Selamat Tinggal 2008


2008 adalah tahun yang memberi satu peristiwa baru dalam hidup aku. Dari awal tahun 2008 sehingga hujung tahun 2008, terlalu banyak peristiwa yang aku tak mungkin lupa sepanjang hidup aku. Cerita cinta, persahabatan, kekeluargaan, kerjaya dan banyak lagi yang berlaku sepanjang tahun 2008.


Aku mula tahu kembali erti sebuah kasih sayang dari seorang yang betul-betul menyayangi aku. Tapi semua itu sementara. Aku menghargai setiap apa yang dia lakukan untuk aku. Bagi aku tiada siapa yang mampu lakukan seperti yang dia lakukan pada aku.

2008 juga adalah tahun aku membuat sesuatu yang agak besar bagi seorang yang baru mulakan kerjayanya. Aku membeli asset untuk keluarga aku. Ia jauh dari Kuala Lumpur. Mencari angin baru. Yang paling penting keluarga aku gembira.

Pertama kali aku kemalangan yang agak teruk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuhraya Persekutuan. Kemalangan tersebut melibatkan 3 buah kereta sehari sebelum Pilihanraya 2008. Kemalangan yang menyebabkan kereta aku melanggar kereta di hadapan dan dilanggar oleh sebuah kereta polis peronda. Kesian Sakti!


Aku pertama kali tidak tinggal bersama keluarga aku untuk jangka masa 6 bulan. Aku cuba mencari pengalaman baru kerana selama ini aku tinggal dibawah pengawasan keluarga. Selama 6 bulan itu juga aku merasa sungguh tenang dan sedikit berubah. Apabila aku tinggal bersama keluarga, aku lebih suka keluar dan pulang lewat akan tetapi apabila aku tinggal sendirian, aku lebih gemar untuk berada di rumah merehatkan diri.

Dalam tahun 2008 juga aku menjadi ‘single’ yang agak lama. Aku bangga dengan diri aku untuk itu kerana aku mampu terus hidup sendirian tanpa cinta. Sesuatu yang sukar untuk aku jangka sebenarnya tapi itu yang berlaku.

Tahun 2008 juga adalah tahun dimana membeli-belah adalah kegiatan yang paling rutin aku buat. Boleh dikatakan dalam seminggu lebih kurang 3 kali aku pergi membeli-belah menghabiskan duit untuk sesuatu yang aku betul-betul inginkan.


Bicara tentang persahabatan, 2008 adalah tahun terbaik untuk aku. Bertemu teman baru, menguatkan lagi persahabatan, kembali rapat dengan teman terdahulu dan banyak lagi. Antara perkara yang terbaik dalam persahabatan adalah aku bertemu dengan teman antara yang terbaik aku ada iaitu Bashirulhafi yang sekarang berada di Manchester, sepanjang dia di Malaysia, hampir seluruh hari dia di sini bersama aku, temani aku kerana aku waktu itu berada dalam keadaan yang agak sukar. Izuan juga adalah perkara terbaik untuk aku. Dia sentiasa ada dengan aku sehingga kitorang seperti kembar yang sering ada bersama. Pertemuan kembali aku dan Nadzree adalah satu perkara yang aku tak duga tapi itu adalah yang terbaik. Bertemu dengan ramai kenalan baru lagi memberi seribu erti dalam hidup aku untuk 2008. Aku terlalu menyayangi kalian semua.










Aku juga cuba untuk menembus kesilapan lama dalam perhubungan antara aku dan seorang insan ini. Namun ia tidak cukup untuk membuat insan itu menghargai kewujudan aku di dalam hidupnya. Sesungguhnya aku mula pasrah dan berhenti untuk mengharapkan apa-apa darinya. Aku hanya mampu untuk berdoa kebahagian yang dicarinya selama ini.

Dengan perkara-perkara yang berlaku tentang perhubungan, persahabatan dan kemanusian, 2008 juga telah mengubah aku menjadi seorang yang begitu ringan dalam memikirkan tentang insan-insan yang tidak ada kepentingan dalam hidup aku. Aku tahu ada antara mereka yang terasa tapi kerna mereka juga aku menjadi sedemikian rupa. Ada aku kisah?!

Sepanjang 2008 aku mula belajar tentang diri aku dalam kerjaya aku. Jika dilihat dengan teliti, aku memang tidak begitu mahir dalam bidang ‘Sale’. Akan tetapi, perkara yang paling aku dapat lihat adalah kemampuan aku dalam ‘Account Management’ di mana dalam skop kerja aku memerlukan aku melakukan ‘Sale’ dan ‘Account Management’. Ada beberapa perkara yang aku semakin mahir dalam kerja selama setahun aku bekerja di sini. Aku tidak akan menafikan kerja bahagian aku agak sukar. Ini kerana aku tiada kakitangan bawah aku dan aku terus lapor kepada Penolong Pengurus Besar. Di bahagian aku, walau jawatan sebagai Penolong Pengurus mahupun Pengurus, skop kerja kita adalah sama. Penolong Pengurus melakukan kerja yang sama dengan seorang Pengurus. Yang berbeza hanya ‘Account’ yang mereka uruskan. Adakalanya tak menang tangan aku dengan menguruskan isu-isu pelanggan. 2008 banyak membuka mata aku tentang masa depan aku. Aku juga adakalanya “Gila Kerja” sampai adakala aku membawa kerja aku ke rumah dan antara sebabnya adalah aku tidak selesa membuat kerja di pejabat.




Tahun 2008 aku gelarkan tahun trajedi dan pengajaran. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada semua hadir dalam hidup aku dan memberi sokongan, menjatuhkan aku, menyayangi aku mahupun yang membenci aku kerna telah menguatkan lagi diri aku untuk terus menempuh dugaan dalam hidup yang kian mencabar. Tidak lupa beribu penghargaan untuk mereka yang sentiasa ada dengan aku sewaktu susah dan senang aku. Semoga kalian akan terus berjaya dan bahagia sepanjang hidup kalian.


Thursday, January 01, 2009

My 24th Birthday



Hari lahir, adakah sesuatu yang patut dirai? Entah, aku sendiri tak dapat nak nyatakan. Aku baru sahaja merasa untuk meraikan hari lahir aku. Kalau ikut rutin sebagai aku, apabila hari lahir aku tiba aku hanya tidur dan bangun seperti hari-hari aku yang lain. Dulu aku boleh katakan aku tak pernah untuk raikan hari lahir aku. Mungkin disebabkan aku lahir pada pertengahan bulan.

Adakalanya aku rasa seperti malu untuk menyambut hari lahir sendiri apatah lagi bila aku sendiri yang uruskan keraian untuk diri sendiri. Tapi perkara yang aku paling suka adalah merancang dan meraikan hari lahir orang lain terutamanya orang yang rapat dengan aku. Aku rasa aku pernah nyatakan kenapa aku minta famili aku untuk raikan hari lahir aku. Aku ingin rasa dirai kerna selama aku lahir di dunia ini aku jarang meraikan hari lahir aku sendiri. Aku terima.

Tahun ini bukan niat aku untuk sesiapa buat kejutan untuk aku. Tapi aku sangat hargai usaha Izuan, Ford, Nasriq dan Arab atas kejutan pada malam hari lahir aku. Aku berterima kasih yang tak terhingga atas apa yang kalian buat pada waktu itu.

~ Terkejut selepas dikejutkan ~

Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan terima kasih khas untuk Zul untuk makan malam di restoran Jepun. Aku sangat suka ye!!! Mana hadiah? Huhuhu…

Terima kasih aku juga untuk mereka yang memberi ucapan hari lahir pada aku. Tak lupa terima kasih dan penghargaan kepada Marlina untuk hadiah katak yang comel, Ford dan Marcus untuk Jam Loceng klasik berwarna putih, Shah Andrew untuk buku ‘The Chocolate Run, Arab untuk Body Shop Skin Care, dan mereka yang lain yang meraikan hari lahir aku pada 29hb Disember lalu. Terima kasih tak terhingga.


Kepada Nadzreeku, terima kasih banyak-banyak kerana sudi turun ke Kuala Lumpur untuk raikan hari lahir aku. Mahkota yang You buat akan I simpan sampai bila-bila. You banyak memberi I semangat selama ini. Thank you so much dear!

~ Nadzree, Eyoi and Me ~

To Lissa and Ryna, kalian sentiasa ada dalam hati aku. Aku rindu waktu kita bersama dahulu. Happy Birthday to us. I love you two very much.