AKU BUKAN MALAIKAT, AKU BUKAN NABI & AKU BUKAN SYAITAN

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Lebaran

Ramadhan yang ku nanti
Akan berlalu pergi
Takkan di lupa saat Ramadhan ini
Kita mencari-cari erti
Sebuah pengorbanan suci
Ikhlas dari hati
Namun Syawal akan tiba
Menyambut kemenangan semua
Berjaya mengharungi dugaan
Merentangi cabaran
Penuh dengan keikhlasan
Hanya demi Tuhan
Tiada duanya

Lebaran kian menyahut
Utusan Sillaturrahim yang terpaut
Maaf dan memaafi
Tiada lagi dendam atau iri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Mula sebuah ikatan
Hargai sebuah pertemuan
Syukuri nikmat Tuhan
Pada setiap yang Dikuniakan

Jari ini ku susun
Memohom ampun
Atas kesilapan
Tutur bicara
Mahupun tingkah
Dalam tidak ataupun sedar
Mohon dihalalkan
Segala rezeki yang ada
Antara kita
Dan dengan keikhlasan
Ku doa kebahagian
Untuk kalian
Semperna Lebaran

Ikhlas

Frid Firdaus


Sebenarnya jauh di sudut hati, aku rasa sungguh sedih meninggalkan Ramadhan ini. Ramadhan tahun ini banyak beri nikmat pada aku. Bila aku dengar takbir raya buat aku nak menangis sebab aku akan ditinggalkan dengan kenangan yang sangat aku hargai.


Kepada teman-temanku, aku disini mohom ampun dan maaf pada setiap salah tingkah dan tutur aku yang menyinggung secara sedar atau tak, sengaja atau tak. Halalkan segala rezeki yang kita ada sepanjang kita bersama.


Semoga kalian semua berbahagia dihari lebaran ini. Aku merindui kalian semua.


10 Perkara Runsing Di Hari Raya

Lebaran hampir tiba...aku mula runsing dan risau pada setiap hari raya terutamanya hari raya untuk tahun ini...
Antara perkara-perkara yang merunsingkan aku:-
1) Pelan/jadual ziarah pada setiap hari di hari raya.
2) Masa untuk menyiapkan apa yang patut pada masa-masa terakhir sebelum raya.
3) Baju yang mana satu harus aku pakai di setiap hari di hari raya.
4) Dimana harus aku cuci kereta aku kerana selepas solat sunat Aidilfitri agak sukar nak mencari kedai cuci kereta sekitar rumah aku.
5) Apa yang patut aku bagi pada jiran-jiran (samada kuih/ biskut raya atau ketupat, lemang dan rendang).
6) Rancangan dimalam raya pertama, kedua dan ketiga. (kebiasaannya pergi menonton wayang - citer apa pula yang nak ditontonnya...).
7) Muat ke rumah aku nak menampung kedatangan rombongan beraya yang ramai.
8) Cukup ke kek cokelat yang aku buat untuk beri pada saudara mara yang terpilih.
untuk nombor 9 dan 10, ia adalah perkara paling aku runsing di hari raya.
9) Percanggahan pelan/rancangan.
10) Apa yang aku nak makan pada hari raya. Aku bukan makan pun ketupat atau lemang.
Selalu aku akan suruh mama masak nasi untuk aku tapi sejak kebelakangan ini selera makan aku pun kurang. Nasi apatah lagi. So aku tak tau la macam mana nanti.
Duit raya aku tak runsing pun sebab aku sudah sediakan senarai siapa yang perlu dapat duit raya dari aku. Duit untuk balik kampung pun aku tak runsing sebab tahun ini aku mungkin tak memandu pulang ke kampung di raya ketiga.
Bergembiralah di hari raya.

Saturday, September 27, 2008

Tertekan...

Apa lagi yang harus aku lakukan...aku sudah mula rasa tertekan...apalah salah aku...sungguh aku tak faham...kenapa aku perlu jadi mangsa keadaan...kenapa aku...

Aku buat baik pun menjadi isu...apatah lagi jika aku buat perkara yang jahat....aku hilang arah...aku hilang punca...kenapa aku?
Lama-lama aku boleh jadi gila macam ini...
Bukan mudah untuk buat sesuatu yang baik...sebab tak semua perkara baik orang akan terima baik...
Aku cuba buat yang terbaik...namun aku tetap jadi mangsa...aku mula benci keadaan ini...
Ya Allah aku mohon kekuatan dari Mu....Aku mula kalah dengan keadaan ini....Berikanlah aku kembali kekuatan yang Kau beri pada ku selama ini...

Thursday, September 25, 2008

Persiapan Raya Corporate Sales


Tinggal lagi beberapa hari Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Syawal akan tiba menyambut kemenangan umat Islam.

Aku percaya berbagai-bagai persiapan sedang dibuat oleh umat Islam. Terutamanya di Malaysia. Mesti ramai kawan-kawan aku sudah mula atau telah pun membeli belah untuk persiapan raya.

Untuk diri aku, persiapaan raya hanya pada baju melayu yang aku tempah dan biskut raya yang dibuat sendiri oleh aku, kakak aku, mama aku dan abang aku. Persiapan yang lain belum lagi ada dalam jadual aku.

Untuk baju melayu aku, aku akan post kan pic dan ceritanya sekali pada hari raya pertama.

Kali ini aku nak cerita tentang persiapan hari raya untuk pejabat aku.

Seperti tahun lalu, pejabat aku akan buat persiapan hari raya dengan perancangan rumah terbuka bahagian aku untuk tahun ini. Aku ada juga menghantar nama-nama pelanggan aku yang aku rasa perlu untuk aku jemput untuk rumah terbuka tersebut.

Semangat hari raya lebih meriah dengan perhiasan di pintu masuk pejabat aku.



Perhiasan hari raya ini adalah hasil kerja tangan pembantu tadbir di bahagian kami. Konsep seperti tahun lepas tapi rumah yang lain. Aku suka tengok rumah tu seperti rumah betul. Siap langsir, pokok-pokok, binatang dan sebagainya.



Agak ringkas tapi menarik dan diterangi cahaya lampu kelip. Dimeriahkan dengan berlatar belakangkan lagu-lagu raya. Boleh membangkitkan memori beraya dikampung.

Pada asalnya bahagian ini adalah bahagia pintu masuk ke pejabat. Terletaknya sofa untuk menunggu. Tapi semperna raya ia ditukarkan dengan tikar mengkuang. Baru ada ciri tradisional.

Monday, September 22, 2008

Broadway Parodies Lagi Lah!

20 hb September 2008, Sabtu, Faisal mengajak aku menonton teater di KLPac. Pada mulanya dia sepatutnya pergi dengan temannya tapi disebabkan temannya ada urusan dia mengajak aku menemaninya menonton teater tersebut. Dan disebabkan juga aku adalah insan yang sungguh berminat dengan teater dan aktivit seni seangkatan dengannya.





Broadway teater ini sungguh menggelikan hati aku. Aku rasa aku antara orang yang paling kuat ketawa. Broadway ini mengisahkan beberapa perkara yang menarik tentang Malaysia. Keseluruhannya adalah menggambarkan budaya Malaysia kini. Ia sungguh menarik dan menghiburkan.

Antara babak yang paling aku suka kerana membuat aku ketawa tak terhingga adalah babak Good Morning Towel, Babak Tria menjadi artis yang bergelar Datin, Babak Merdeka Megasales, Babak Bomoh Bursa dan babak yang ada Tria. Ada satu babak tentang orang ternama yang di malam hari menjadi ratu dragged menggelikan hati aku apabila di tayangkan sebuah filem yang aku suka untuk tonton beribu kali iaitu filem To Wong Foo. Dan lagu-lagu yang digunakan adalah lagu-lagu muzikal yang agak popular antara nya lagu-lagu dalam filem Hairspray, Phantom of the opera, dan banyak lagi. Cuma lirik dan susunan muzik diubah mengikut jalan cerita setiap babak.

Aku pasti ramai yang akan terhibur dengan teater muzikal broadway ini. Dan aku sungguh kagum dengan suara setiap penyanyi/pelakon teater tersebut. Kawalan vokal yang agak baik terutama babak bomoh (penyanyi/pelakon wanita dalam babak itu). Meremang bulu roma aku dengar suara wanita tersebut.

Dibawah ini aku sertakan info yang telah aku ambil dari www.kakiseni.com tentang teater ini.


Title :
Broadway Parodies Lagi Lah!

Venue :
KLPac - Pentas 1Sentul Park, Jalan Strachan (off Jalan Ipoh)Kuala Lumpur


Date & Time :
Thu 18 - Sun 28 Sep 2008 (Tue-Sat: 8.30pm; Sun: 3pm; No show on Mon)


http://broadwayparodieslah.blogspot.com

Synopsis :
Broadway Parodies Lagi Lah!, a reprise of Broadway Parodies Lah!, is a fun-filled revue of well-known song and dance numbers, in which the lyrics have been spoofed to celebrate our uniquely Malaysian culture, characters and icons.Here's the full list of songs to be performed:
At The End of the Play ('At The End Of The Day' - Les Miserables)Food Glorious Food (Oliver!)Under The Tree Chicken with the Chili on Top ('Surrey with the Fringe' - Oklahoma) The Roti Man ('The Candy Man' - Willy Wonka) Good Morning Towels ('Good Morning Starshine' - Hair) Marina ('Maria' - West Side Story)Seventeen Going on Eighteen (The Sound of Music)Punch A Docket Or Two ('Pick A Pocket Or Two' - Oliver!)Aiyo ('Heigh Ho' - Snow White)I Like to Stay in Malaysia ('America' - West Side Story)I Just Want To Be A Dame ('There is Nothing Like a Dame' - South Pacific)Karaoke (Cabaret)We're Halfway Through The Play ('At The End Of The Day' - Les Miserables)Damansara (Oklahoma!) Shop Shop Shop (The Student Prince) Hello Datin (Hello Dolly)Tai Tai Spenders (Sweet Charity)Diamonds In Your Ears My Friend (Gentlemen Prefer Blondes)We Must Play Golf All Day ('I Could Have Danced All Night' - My Fair Lady)The Bomoh of the Bursa (The Phantom of the Opera) Tomorrow (Annie) We’re DeListed ('It’s DeLovely' - Red Hot and Blue) The Best Thing in this Show is Me ('The Best Things in Life are Free' - Good News) I’m Off to Genting in the Morning! ('I’m Getting Married' - My Fair Lady) Bodoh Lah ('Do Re Mi' - The Sound of Music)Do You Hear the Peacocks Sing ('Do You Hear the People Sing' - Les Miserables)At The End of the Play reprise ('At The End Of The Day' - Les Miserables)Featuring performances by Mia Palencia, Tria, Zeqhty Nattrah Ramli, Tabitha Kong, Janet Lee, Sarah Low, Shahila Johan, Glamorique Arshad, Ho Soon Yoon, Sham Sunder Binwani and Keith Yew. Conceived by Jason Cheong and Edna Tan, choreographed by Farah Sulaiman and written by Brian McIntyre, who is also behind the music sequence and orchestration.

Thursday, September 11, 2008

Emosi yang tak stabil

Hari kesebelas puasa,

Aku tak tahu kenapa dengan diri aku semenjak kebelakangan ini. Aku terlalu beremosi dan cepat meradang tapi aku tak marah secara terus. Adakah mungkin aku terlalu letih atau ada perkara yang mengganggu fikiran aku? Sungguh aku katakan fizkal dan mental aku keletihan.

Aku ada cerita nak share di sini. Pada satu petang, aku dan kakak aku pergi sebuah hypermarket di Wangsa Maju. Sedang kami menunggu pesanan berbuka puasa, ada seorang bapa bersama anak-anaknya (3 orang lelaki dan seorang perempuan) sedang membuat pesanan di kedai yang sama. Anak perempuannya mengusik penutup bekas penyedut minuman lalu penutup itu terjatuh. Dengan tak sempat aku mengelipkan kelopak mata, bapa tersebut memukut kepala anaknya di bahagian belakang dengan kuat sekali. Aku sungguh terkejut dengan kejadian tersebut tergamam melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata aku. Kemudian bapanya dengan tak semena-mena memukul anak perempuannya di bahagia depan kepala. Aku sungguh tidak mampu berkata apa-apa. Apalah perasaan seorang anak (apatah lagi perempuan) bila diperlakukan demikian. Ia hanya penutup bekas penyedut minum dan jatuh hanya di kaunter pembayaran bukan ke lantai. Kerna itu dia dipukul sedemikian rupa di khalayak ramai. Bagi aku itu memang cara paling salah menghukum anak. Jika marah jangan di buat di hadapan khalayak ramai. Itu memalukan anaknya dan dirinya sendiri. Di mana kesabarannya sebagai seorang ayah mahupun seorang muslim yang sedang berpuasa.

Lantas aku berkata pada kakak aku, " Kak, baik ko suro je bapak die makan...sah-sah la puasa die tue tak berguna lagi...". Kakak aku dengan senyuman sinisnya mengiakan apa yang aku katakan padanya.

Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah merasai apa yang aku rasa sekarang ini. 'Mood' aku tak berapa nak baik buat masa sekarang. Pada masa yang sama, ramai pula yang membuatkan aku makin jadi teruk. Sehingga aku tertanya-tanya, apa salah aku sehingga aku dihukum seperti ni? Dimana silap aku sehingga banyak dugaan untuk aku pada bulan puasa ini? Apa yang harus aku lakukan? Buat baik pun tak kena, buat jahat lagi tak kena. Fikiran aku bercelaru. Aku keliru antara diri aku dan kehendak orang lain. Aku tahu harapan orang pada aku. Tapi aku hanya manusia biasa yang banyak rintangan untuk capai apa yang terbaik untuk semua.

~ Apa lagi yang harus aku lakukan ~

Serius aku sedang sedih teramat sangat dan emosi aku tak stabil. Mohon sangat kepada kalian supaya tidak melakukan sesuatu yang tak sepatutnya atau maki yang kalian akan dapat. (Mampu ke aku nak maki orang?...)

Untuk kebaikan semua aku rasa baik untuk aku diamkan diri seketika. Sehingga aku tenang dan keadaan pulih seperti biasa.

BASH...I wished you are here...

Friday, September 05, 2008

Sakit Otot & MCD atau Nasi Lemak

Hari kelima puasa,

Hari ini sudah hari Jumaat. Esok hari Sabtu dan dituruti hari Ahad. Aku mula keliru dengan aktiviti aku pada hujung minggu. Mungkin aku akan keluar bersama keluarga aku. Aku perlu membeli beberapa keperluan dan persalinan ke pejabat aku. Aku terlalu terdesak untuk membelinya. Tapi aku tidak suka untuk merancang apa-apa kerana aku tahu apa yang aku rancang jarang sekali terjadi.

~ Apa ya yang harus aku lakukan ~



Aku sebenarnya tidak bersedia untuk tulis apa-apa di blog aku untuk hari ini. Akan tetapi aku agak bosan dengan suasana pejabat aku hari ini. Mungkin hari ini hari Jumaat dan esok cuti.
Aku mengalami sakit otot disebabkan aku agak keras bersenam di gym pada hari Rabu lepas. Aku perlu untuk makan ikan yang banyak untuk hilangkan rasa sakit pada otot aku. Nak dijadikan ia makin sakit apabila aku tidur di atas kerusi kayu malam tadi. Aku hanya boleh untuk pusing kekiri. Bangun sahaja pagi nak bersahur, tangan aku rasa seperti ditimpa sesuatu yang berat. Bila difikirkan balik memang ditimpa sesuatu yang berat iaitu diri aku sendiri. HAHAHAHA!!


Tiba-tiba aku rindu sangat kat teman baik aku merangkap adik aku si BASHIRULHAFI...

~ Waktu jahat kami ~

Aku mengidam mahu makan MCD. Tapi terasa mahu makan nasi lemak di Malinja. Keliru aku dibuatnya. Aku perlu bincangkan hal ini dengan kakak aku tersayang.


~ Bersama kakak kesayangan ~


Selamat berhujung minggu di bulan puasa.

Wednesday, September 03, 2008

Puasa yang ketiga


Hari ketiga puasa,


Perut aku tak berapa sedap. Tapi aku tidak tahu apa puncanya.


Pada hari kedua semalam, perut aku berbunyi di awal pagi lagi sehingga petang. Nak dikatakan aku lapar, sesungguhnya aku tidak rasa lapar kerana sebelum ini pun jadual pemakanan aku serupa dengan berpuasa. Adakah mungkin angin? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Pagi-pagi lagi aku tiba di pejabat. Aku harapkan supaya aku tidak mengantuk sewaktu di pejabat. Akan tetapi aku mula rasa mengantuk dan sukar membuka mata seawal jam 841 pagi. Apa kes?? Pelik sungguh aku. Aku cuba mencari kerja untuk dibuat supaya aku hilang rasa mengantuk. Sesungguhnya aku memang mengantuk.


Pelan aku pada bulan puasa ini untuk terus ke 'gymnasium'. Sepatutnya semalam malam aku mula ke gym, akan tetapi semalam adalah episod pertama cerita yang aku tunggu-tunggukan si saluran Star World iaitu cerita Lipstick Jungle jam 10 malam. Seperti kebiasan di bulan-bulan puasa, aku bertanggungjawab untuk mengemas dapur setelah berbuka. Cuci semua pinggan, mangkuk, periuk, kuali dan sebagainya.


Dengan bingkasnya aku ke dapur dan menguruskan dapur aku dengan begitu pantas. Terus aku ke bilik mandi untuk mandi sebelum menonton Lipstick Jungle. Aku memang gemar cerita berkonsep dan genre seperti ini. Watak paling aku suka adalah watak Victory Ford. Kita akan tahu kenapa kemudian. Tak sabar nak tengok episod akan datang minggu hadapan.


Hari ini aku relaks sedikit kerana AGM aku ada mesyuarat di luar bersama Pengurus dan pelanggan. Untuk pengetahuan, aku adalah Eksekutif Akaun (Akaun adalah pelanggan2 yang perlu aku jaga bukan akaun dalam bentuk nombor seperti disekolah) dan pada masa yang sama aku juga bekerja rapat dengan AGM serta seorang pekerja yang bernama Lidya. Aku seolah-olah Pembantu Peribadi untuk AGM. Adakalanya aku dapati aku lebih berbakat dalam PA daripada Sales dan Account Management. Aku memang telah dilatih menjadi 'multitasking' sejak aku belajar lagi. Anugerah dari Tuhan perlu aku praktikkan dengan betul


Malam puasa ketiga ini mungkin aku akan ke gym. Aku perlu ke gym. Kuatkanlah semangat aku ini.

Monday, September 01, 2008

Paris Hilton For Men - Heir


Hari pertama puasa,

Aku ke midvalley hari ini bersama Faisal. Jumpa dia sebelum dia berpindah ke Tanjung Malim. Di sana juga aku bertemu dengan Amirul, Izuan, Zuhaila dan Wawa. Semasa menunggu Faisal, terserempak pula dengan Spin bersama temannya Wani.

Plan aku ke Midvalley Megamall adalah untuk membuat 'survey' pewangi (perfume). Ini kerana pewangi yang aku gunakan sekarang ini hampir habis iaitu pewangi Jean Paul Gartier Summer Collection.


Aku berjalan terus menuju ke The Perfume Shop Aras 1 Midvalley Megamall. Sampai sahaja disana aku terus bertanya tentang pewangi terbaru yang ada. Pembantu jualan itu memberi aku bau-bauan pewangi Perry Ellis for Men yang baru. Hati aku sebenarnya masih pada Paris Hilton for Men. Ini kerana sebelum ini aku menggunakan pewangi Paris Hilton for Men - Just Me. Oh Tuhan!! Aku sungguh suka akan bau pewangi tersebut. Ramai yang bertanya aku guna pewangi apa. Apabila aku nyatakan aku menggunakan pewangi dari Koleksi Paris Hilton, mereka agak terkejut. Pada mereka Paris Hilton hanya mengeluarkan pewangi untuk wanita sahaja. Padahal pewangi koleksi Paris Hilton untuk lelaki memang menarik. Lain dari yang lain.


Kembali ke cerita asal, Pembantu jualan itu cuba mencadangkan Just Me, tetapi aku mahu pewangi yang lain dari Koleksi Paris Hilton tersebut. Sebenarnya aku mahukan pewangi yang terbaru dari Paris Hilton for Men - Heir kerana aku ada sample untuk Paris Hilton for Women - Heiress dan baunya sungguh sweet. Dan dengan potongan harga yang agak menarik disertakan dengan hari terakhir untuk potongan harga, aku mula keliru samada perlu untuk aku membelinya atau tidak. Apabila aku lihat set pewangi tersebut, aku dengan yakin membelinya dan aku diberi satu sample pewangi dari jenama CHEV[I]GNON. Baunya agak kasar.


Aku gembira kerana akhirnya aku dapat juga membeli pewangi menggantikan pewangi aku yang bakal habis sebelum raya ini. Dan juga aku kembali ke Paris Hilton. Aku begitu merindui pewangi Paris Hilton for Men - Just Me.


Ramadhan Al-Mubarak

Semperna bulan puasa ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA AKU, RAKAN-RAKAN, TEMAN-TEMAN, DAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG MEMBACA BLOG AKU INI.
Semoga dibulan yang mulia ini kita akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.
Bulan yang mulia ini adalah permulaan untuk kita melakukan amal ibadah dengan lebih mudah dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.
Aku mendoakan kalian semua akan sentiasa sihat dan ceria dibulan Ramadhan ini.

Jangan lupa niat puasa erk.